Search!!!

Saturday, 1 October 2011

30 Perkara Perempuan X Sempat Bagi Tau Lelaki...


1.    Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...

2.    Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...

3.    Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia paling sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)...

4.    Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentias ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain...

5.    Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!!...

6.    Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian...

7.    Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tau bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja...

8.    Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan...

9.    Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka...

10.                    Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini lansung x berguna...

11.                     Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita...

12.                     Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh x acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan x sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut...

13.                     Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan ketika kamu ajak keluar, tinggalkanlah dia kerana dia memang tidak berminat dengan kamu...

14.                     Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya...

15.                     Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sembarangan...

16.                     Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam...

17.                     Jangan sesekali menggagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!!...

18.                     Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya “kenapalah aku x jumpa lelaki ni lebih awal”...

19.                     Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta...

20.                     Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri...

21.                     Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa iaitu di hatinya!!!...

22.                     Satu ucapan “hi” saja sudah cukup menceriakan harinya...

23.                     Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui...

24.                     Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak takle kawan mereka yang paling cantik...

25.                     Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi...

26.                     Semua wanita mahukan lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...

27.                     Senjata wanita adalah air mata!!!...

28.                     Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini mereka tidak akan ragu-ragu terhadapmu...

29.                     Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita, pandai-pandailah...

30.                     Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...

No comments: